20

KPLI June Intake 2010 / KPLI Ambilan Jun 2010

Living Colors

*As to serve all its purpose and intent this article is deliberately wrote in Bahasa Melayu. Apology from the editor to all English only reader.

KPLI Ambilan Jun 2010

Kementerian Pelajaran Malaysia mempelawa calon yang berkelayakan, berpotensi, berminat dan beriltizam untuk mengikuti Kursus Perguruan Lepas Ijazah Sekolah Rendah (KPLI SR) Mod Sepenuh Masa di Institut Pendidikan Guru.

Pemohon mestilah warganegara Malaysia.
Umur tidak melebihi 35 tahun pada 28 Jun 2010 iaitu lahir pada atau selepas 28 Jun 1975.

SYARAT TAMBAHAN

- Calon hendaklah sihat fizikal dan mental.

- Calon yang memiliki Ijazah Sarjana Muda dengan PNGK 2.75 ke atas diberi keutamaan.

- Calon hendaklah aktif dalam kegiatan kokurikulum.

- Calon yang memiliki ijazah yang bertepatan dengan bidang pengkhususan dan pengalaman mengajar akan diberi wajaran tertentu.

- Calon hendaklah bersedia ditempatkan di mana-mana sekolah termasuk di kawasan pedalaman.

CALON YANG TIDAK LAYAK MEMOHON

- Calon yang telah memiliki kelayakan ikhtisas perguruan seperti Ijazah Sarjana Muda dengan Pendidikan, Diploma dengan Pendidikan, Diploma Pendidikan, Diploma Perguruan atau Sijil Perguruan.

- Calon yang masih lagi terikat dengan Kontrak Perkhidmatan Agensi Kerajaan termasuk yang sedang mengikuti Kursus Perguruan Lepas Ijazah Mod Kursus Dalam Cuti kelolaan Kementerian Pelajaran Malaysia.

- Calon yang pernah meletakkan jawatan dalam perkhidmatan kerajaan.

- Calon yang pernah dikenakan tindakan tatatertib atau sedang dalam proses tindakan tatatertib semasa dalam perkhidmatan atau dalam latihan.

- Calon yang pernah disabitkan dalam kesalahan penyalahgunaan dadah atau jenayah.

Permohonan hanya boleh dibuat secara atas talian (online) dengan melayari laman sesawang Kementerian Pelajaran Malaysia di alamat:  http://www.moe.gov.my mulai 08 Febuari 2010.

Permohonan atas talian boleh dibuat dengan menggunakan Nombor Pengenalan Individu (PIN) yang boleh dibeli di Bank Simpanan Nasional (BSN) di seluruh negara dengan bayaran sebanyak RM 6.00 (Ringgit Malaysia Enam sahaja) melalui saluran kaunter, ATM dan perbankan Sistem Maklumat Ringkas (SMS).

Pemohon dinasihatkan melayari laman sesawang tersebut bagi mendapatkan maklumat iklan, kesesuaian ijazah dengan bidang pengkhususan, struktur program dan kalendar aktiviti sebelum membuat permohonan.

Calon dibenarkan mengemukakan SATU permohonan sahaja.

Calon boleh menggunakan nombor PIN yang sama untuk membuat pindaan butiran kepada permohonan yang telah dihantar. Pindaan butiran permohonan dihadkan tiga kali sahaja dan hendaklah dibuat sebelum tarikh tutup permohonan.

Calon yang memenuhi syarat dan kelayakan asas untuk mengikuti Kursus Perguruan Lepas Ijazah ini diwajibkan menduduki Ujian Pemilihan Calon Guru Malaysia (Malaysian Teacher Selection Test – MTeST) dan menghadiri temu duga yang akan ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. (Sila rujuk Kalendar Aktiviti Permohonan KPLI Ambilan Jun 2010 di dalam Iklan Permohonan Kursus Perguruan Lepas Ijazah untuk maklumat lanjut.)

Permohonan bagi Ambilan Jun 2010 ditutup pada 21 Februari 2010.

Maklumat lanjut sila layari: http://apps.emoe.gov.my/kpli
———————————————————————————————————————————————————————


KALENDAR AKTIVITI PERMOHONAN KPLI AMBILAN JUN 2010

Iklan permohonan KPLI Ambilan Jun 2010.
07 Februari 2010

Permohonan dibuka (Permohonan dibuat secara online).
Nombor PIN boleh didapati di Bank Simpanan Nasional seluruh negara.
08 Februari 2010

Permohonan ditutup.
(Pindaan atau perubahan maklumat permohonan boleh dibuat sehingga tarikh tutup).
21 Februari 2010

Semakan nama calon yang berjaya menduduki Ujian MTeST secara online.
9 Mac 2010

Ujian MTeST seluruh negara (Sila bawa Tiket Panggilan Ujian).
13 Mac 2010

Semakan online nama calon berjaya dipanggil temu duga.
(Pemohon yang berjaya dikehendaki mencetak Surat Panggilan Temu Duga, Borang Butiran Diri dan Helaian Pernyataan Hasrat melalui Internet).
12 April 2010

Temu duga KPLI Ambilan Jun 2010.
(Sila bawa bersama Surat Panggilan Temu Duga , Borang Butiran Diri dan Helaian Penyataan Hasrat yang dicetak melalui Internet yang telah dilengkapi).
19 hingga 30 April 2010

Semakan Tawaran calon berjaya ke Institut Pendidikan Guru (IPG).
(Calon boleh mencetak surat tawaran sementara melalui internet. Surat Tawaran Rasmi boleh didapati selepas melapor diri di IPG).
07 Jun 2010

Pendaftaran calon di Institut Pendidikan Guru.
(Calon yang melapor diri boleh mendapatkan Surat Tawaran Berkursus di Institut Pendidikan Guru yang ditetapkan selepas mendaftar).
28 Jun 2010

Perhatian : Aktiviti dan Tarikh yang dinyatakan tertakluk kepada perubahan semasa.

———————————————————————————————————————————————————————


BAGAIMANA UNTUK LULUS PERMOHONAN KURSUS PERGURUAN LEPASAN IJAZAH KPLI?

1.    LULUS PERMOHONAN KPLI SECARA ONLINE

2.    LULUS MTEST

3.    LULUS TEMUDUGA KPLI

MTEST

Format dan soalan-soalan MTEST adalah sangat mencabar Ada soalan-soalan yang hanya memerlukan penggunaan ‘common sense’ tetapi secara umumnya memerlukan calon-calon untuk menjawab dengan’mindset’ seorang pendidik.  Yang paling penting, soalan-soalan MTest dikatakan boleh menyaring calon yang benar-benar berminat dan menghayati bidang keguruan.

KOMPONEN MTEST

a. Inventori Sahsiah Keguruan (INSAK)

b. VERBAL

c.  ANALITIKAL

d. KUANTITATIF

e. BAHASA INGGERIS

PEMARKAHAN UNTUK LULUS KPLI DINILAI BERDASARKAN:

1. Sijil-sijil yang lengkap

Pengalaman di dalam kegiatan kokurikulum mendapat pemarkahan berdasarkan kepimpinan dan jawatan yang disandang.

2. Kesesuaian Kursus yang diminta sesuai dengan ijazah

Majoriti calon yang GAGAL temuduga KPLI pada tahun-tahun yang sudah adalah kerana kursus yang diminta tidak relevan dengan ijazah.

3. Ada pengalaman mengajar

Pengalaman sebagai pendidik mendapat markah bonus.

4. Kemahiran komunikasi

Dinilai semasa sesi Temuduga. Peluang terakhir untuk meyakinkan penilai anda layak menjadi guru walaupun kurang sempurna pada item 1, 2 dan 3 di atas.

PENILAIAN UTAMA SESI TEMUDUGA

Pengenalan Diri
1.     Calon mampu menarik perhatian penemuduga
2.     Calon menerangkan kepentingan pengetahuan sedia ada dan pengalaman bekerja
3.     Calon menunjukkan perkaitan antara aset yang dimiliki dengan profesion perguruan

Penerangan Diri
1.     Idea-idea disampaikan dengan teratur dan jelas
2.     Fasih berbahasa, baku, jitu dan mudah difahami
3.     Contoh-contoh serta penerangan adalah relevan dan tepat

Suara
1.     Calon mempunyai suara kuat dan terang dan boleh didengari hingga ke belakang bilik
2.     Suara ada intonasi ketika membuat penegasan
3.     Sebutan Bahasa Melayu yang betul (tidak pelat atau menggunakan loghat daerah secara     keterlaluan )

Personaliti
1.     Calon menunjukkan keyakinan diri yang memuaskan sesuai dengan profesion perguruan
2.     Calon menunjukkan penampilan diri dan ketokohan diri serta daya kepimpinan yang sesuai sebagai seorang guru
3.     Calon menunjukkan kesediaan menerima teguran
4.     Calon mempunyai disiplin diri yang teguh
5.     Calon memiliki sifat prihatin yang tinggi
6.     Calon adalah seorang yang berbudi bahasa
7.     Calon mempunyai kemahiran sosial/berinteraksi
8.     Calon mempunyai kesungguhan dan keceriaan

Bahasa
1.   Menguasai bahasa pengantaraan dengan baik
2.  Bahasa yang fasih dan lancar
3.    Menggunakan tatabahasa yang betul
4.    Bahasa yang digunakan mudah difahami dan ringkas

Mitos temuduga perguruan KPLI

1. Untuk berjaya dalam temuduga KPLI perlu ada ‘KABEL’ atau bantuan orang dalam.
2. Temuduga Perguruan adalah SAMA sahaja dengan temuduga mohon kerja yang lain.

Artikel ini disediakan dengan bantuan Cikgu Wan Faizol Wan Mat (Pemilik eKPLI : http://www.ekpli.com) penulis Pakej eKPLI – Rahsia Lulus Cemerlang KPLI.

Bookmark and Share

Technorati Tags: bahagian pendidikan guru, borang kpli, emoe gov my kpli mtest, emoe kpli, guru kpli, interview kpli, keputusan kpli, keputusan mtest, kpli, kpli 2009, kpli 2010, kpli gov, kpli jun, kpli malaysia, kpli result, kursus kpli, kursus perguruan lepasan, kursus perguruan lepasan ijazah, mtest, mtest 2009, mtest kpli, mtest kpli 2009, permohonan bahagian pendidikan guru, permohonan kpli, pismp, rayuan kpli, semak kpli, semakan kpli, semakan mtest, semakan mtest kpli, semakan temuduga kpli, soalan kpli, soalan mtest, temuduga kpli, ujian kpli, ujian mtest

Related posts:

  1. LHDN Spells Out the Meaning of RANHILL
 

Story by Naked-Malaysian

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

20 Comments

  1. ati on Thursday 11, 2010

    Assalammualaikum.

    untuk makluman cikgu, saya telah memohon KPLI sejak tahun 2003 lagi dan sehingga kini masih gagal melepasi ujian MTest. Saya berasa amat kecewa dan bagaimanakah caraya untuk melepasi tahap ini untuk ke peringkat seterusnya. Bagaimanapula jika saya di dalam keadaan berbadan dua sedangkan tarikh kemasukan ke IPG adalah pada bulan Jun dan saya bakal melahirkan anak kedua saya pada bulan Julai. Adakah masalah ini akan dipertimbangkan atau saya perlu menunggu dan memohon pada tahun hadapan pula. Terima kasih.

     
  2. nazhani on Thursday 11, 2010

    kenapa tahun ni saya tak dapat panggilan utk Mtest?

     
  3. leno on Thursday 11, 2010

    ramai yg tercicir/ gagal dlm tapisan sebelum menduduki mtest ammbilan jun 2010 thn ni?? apa relevannya??ap alasan yg kukuh ???

     
  4. wan on Thursday 11, 2010

    a.ah ramai yg dpt amik mtest..adakah salah satu cara utk mengurangkn pngambilan guru..wallahualam

     
  5. teejay on Thursday 11, 2010

    saya dh terlepas mtest tu..mcm mana ni?? alamak..

     
  6. me on Thursday 11, 2010

    rezeki di tangan Tuhan. Jangan putus harapan.

     
  7. pingu on Thursday 11, 2010

    alhamdulillah sy dpt mtest panggilan pertama..
    bila result utk mtest ni akan keluar?

     
  8. salmie on Thursday 11, 2010

    mmm…assalamualaikum…sajer nak bagi komen. Rasanya nak berjaya dalam mtest ni dan seterusnya mendapat tempat dalam pemilihan kpli seharusnya kita tak boleh putus hubungan. dalam erti kata lain mesti selalu berdampingan dan serius untuk mengambilnya dan menjadikan sebagai sumber mata pencarian. selain pengalaman yg diperlukan. macam saya langsung tak pernah ada pengalaman, dan sudah 3 kali mencuba that means 3 tahun tapi tak pernah lepas. kadang2 tu tak tau apa kriteria yg diperlukan. bila difikirkan balik baik kerja swasta jer lagi senang tak banyak keroneh gaji pun senang dan tak payah nak serabutkan kepala. tapi mugkin disebabkan berminat dan teringin bekerja dalam sektor kerajaan jadi saya usahakan juga. Sekarang umur dah mencecah 28. tahun depan 29..sekejap jer rasanya. macam tak berbaloi pulak rasanyer. Tua dalam memohon ajerlaa…belum dapat lagi..Hai entahlaa..apalahh..nasib…rsa mcm tak diperlukan sahaja…Mcm tak guna kita ambik course dan berminat nak menyumbang ilmu dan pengetahuan kepada anak murid tentang bidang yg kita ambik tu tapi disebabkan kerenah2 nak mintak jd guru tu dgn sijilla pengalamanlahh..nnn..ntah apa22 lagi tu membuatkan keinginan yg meluap2 untk mencurah ilmu tu bleh terpadam. mcm tu jer..dahla kitapun tak kisah sgt walaupun diletakkan dipendalaman.tak kisah asal dapat berbakti itupun payah nak dapat….itu belum masuk dgn penerimaan anak murid lagii…hai…tak tahula mcm di anak tirikan sahaja…harap menda2 mcm ni ditimbang balik. kesian kat org2 mcm saya ni yg betul2 nak memohon jadi guru dan berkhidmat dalam sektor kerajaan. umurpun dah meningkat.. sampai bila nak jerja kontrak jer…betul tak? harap diambil perhatian!! salamzzz…

     
  9. shafeikha zainal on Thursday 11, 2010

    saya tak tau macam mana nak check online temu duga kpli jun 2010.. dah byk web sy masuk tapi still xdapat dapt.. Geramnya!!!

     
  10. adie on Thursday 11, 2010

    mana nak semak panggilan temuduga ni????

     
  11. naz on Thursday 11, 2010

    Semakan online nama calon berjaya dipanggil temu duga.
    (Pemohon yang berjaya dikehendaki mencetak Surat Panggilan Temu Duga, Borang Butiran Diri dan Helaian Pernyataan Hasrat melalui Internet).
    12 April 2010

    saya dah ambk mtest. patut 12 april dah ble check result sapa yg berjaya kan. tapi saya masuk dalam website MOE belum kuar. ada sapa2 tahu tarikh spatutnya semakan ble dibuat nama calon berjaya utk temuduga?

     
  12. NORHA on Thursday 11, 2010

    senarai tmudga kpli keluar 17apr. masuk web moe then taip je KPLI di ruangan cari then segala berkaitan kpli akan disenaraikan… hrp mbantu;) w’alam.

     
  13. NORHA on Thursday 11, 2010

    mtest tahun ni ada panggilan kedua;0

     
  14. jen on Thursday 11, 2010

    sya dengar2 result kuar 17april ni,tp tak tau la ble dipercayai atau tak,sabar je la ye,sya ni pn menunggu durian yg tak jatuh2 hhu…

     
  15. jo on Thursday 11, 2010

    Pindaan Semakan Panggilan Temu Duga KPLI-SR Ambilan Jun 2010
    Assalamu’alaikum w.b.t & Salam Sejahtera,

    Adalah dimaklumkan semakan penggilan temuduga on-line yang dijadualkan pada tarikh 12 April 2010 (Isnin) ditunda kepada 17 April 2010 (Sabtu). Calon dinasihatkan untuk melawati laman sesawang kementerian dari semasa ke semasa. Pihak Bahagian Pendidikan Guru kesal atas kesulitan yang berlaku.

    Sebarang keterangan lanjut sila berhubung dengan Bahagian Pendidikan Guru di talian 03-88841242/1260/1253/1233/1226.

    Calon juga boleh mencetak Kalendar Aktiviti terkini sebagai rujukan.

    Sekian, harap maklum.

     
  16. sarina on Thursday 11, 2010

    Salam kepada semua yang memberi komen tentang kpli, disini saya juga mempunyai masalah yang sama dengan anda dimana sepatutnya semakan online untuk calon yang berjaya temuduga kpli ambilan jun 2010 boleh di semak pada 12hb April lepas seperti yang tertera di dalam kalendar kpli.tapi saya cuba pada tarikh tersebut masih x dapat buka web tersebut.tup2 saya terbaca dalam 1 blog nyatakan semakan tersebut boleh dibuat pd tarikh 14hb april pula.harini dah 15hb, tp sy masih xdpt nak buka lagi website tersebut.macamner ye?saya terlalu excited utk tau kptsn tersebut sbb thn lps sy telah kehilangan peluang ini kerana sy hamil.saya terlalu mengharapkan kerjaya ini untuk mencapai cita-cita sy untuk menjadi seorang pendidik..

     
  17. anbarasi on Thursday 11, 2010

    hai, since the age of requirement was increase to 35 years, i, 30 years this year n would like to apply for kpli. is that possible? when is the next intake?

     
  18. ken on Thursday 11, 2010

    MOE website kurang memuaskan kerana navigation link utk info2 yg tidak sistematik…
    nak cek pasal KPLI pun punye susah..dgn link2 yg macam malu nak tunjuk je..kena klik situ, klik sini,klik lagi…baru ada… mungkin Pegawai IT diorang kureng berkemahiran…entahle belalang…aku yg nk apply Peg. IT ni pun, dah lama, xdpt2 lg..cobaan…huk2

     
  19. azni binti hashim on Thursday 11, 2010

    Assalamualaikum,
    Saya telah memohon kursus KPLI ambilan Jun 2010 tapi tidak dipanggil temuduga. Saya dah buat rayuan untuk temuduga. Saya juga telah duduk Mtest. Dah empat kali saya pohon tapi tak juga berjaya. Harap panggil untuk temuduga dan seterusnya kemasukan ke kursus KPLI. Rayuan untuk temuduga dah dibuat.
    Terima kasih

     
  20. mas on Thursday 11, 2010

    asalamualaikum..sy ingin berkongsi pengalaman dgn anda semua..sy dh 9 kali ambil mtest kpli dan berjaya dipanggil temuduga sebyk 3 kali..itu pun setelah sy mengikuti segala formula dr cigku..kali pertama sy dpt memaasuki ipg tetapi terpaksa tolak krn sy mengandung..kali kedua sy tidak diterima memasuki ipg dgn alasan hanya ambil yg bujang n utk sabah sarawak shj..sy mencuba nasib lg utk kemasukan jun 2010 dan juga berjaya temuduga..skrg sy menunggu keputusan temuduga..doakan sy berjaya..

     

Leave a Comment